akta hak kebebasan bersuara

Di antara undang-undang yang ada kaitannya dengan kawalan terhadap kebebasan bersuara di Malaysia termasukklah:

· Akta Hasutan 1948
· Akta Kefitnahan 1957 (Akta 286)
· Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
· Akta Rahsia Rasmi 1972
· Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301)
· Akta Polis Lain - lain akta berkaitan (termasuk Kanun Keseksaan)

-Kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagan wajar digunakan sebaik mungkin mengikut lunas-lunas dan had-had yang telah ditentukan. 
-Kebebasan bercakap dihadkan kepada kata-kata yang tidak menjadi fitnah, kata-kata yang tidak menjadi hasutan, kata-kata yang tidak mencerca mahkamah atau yang melanggar hak keutamaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Sesiapa yang menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud hasutan dan menyoal perkara-perkara sensitif seperti seperti hak keistimewaan orang Melayu dianggap sebagai melakukan kesalahan mengikut undang- undang dan mereka boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sebanyak Rm5000.



- Hak kebebasan ini diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Pengistiharan Hak Asasi Sejagat dan diiktiraf dalam undang- undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik (ICCPP).ICCPP mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai "hak mendapatkan pendapat tanpa ganguan ".Semua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat.Di samping itu,kebebasan ini diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia Eropah,benua-benua Amerika dan Afrika.

APABILA KEBEBASAN BERSUARA ITU DISALAHGUNA???


  1. Keretakan perkauman     
          Kekhilafan individu yang mementingkan diri tanpa mempersoalkan sensitiviti perkauman menjadi punca keretakan perpaduan. Sayangnya, setelah hampir berdekad membina perpaduan,dek sikap sesetengah individu yang memainkan perasaan kaum lain sangat mendukacitakan.Contohnya, mempermainkan adat atau agama sesautu bangsa. Hal ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati sesuatu bangsa dan seterusnya mewujudkan sikap prejudis antara satu sama lain.



     2.   Pergaduhan atau peperangan

           Kebebasan bersuara yang tidak rasional dan bersifat melulu boleh menyebabkan pergaduhan kaum. Hal ini jelas terbukti melalui peristiwa 13 Mei 1969 iaitu ketidakpuasan kaum terhadap kaum lain di Malaysia. Perkataan berbau lucah dan tidak sopan jelas boleh membuat pergaduhan.

KELEBIHAN KEBEBASAN BERSUARA?

  1. Menyatakan hak sesuatu bangsa    
          Malaysia adalah negara yang berbilang bangsa dan agama. Banyak yang perlu dipelajari melalui adat dan tradisi asal mereka. Melalui kebebasan bersuara ini, mereka boleh menyatakan hak mereka sebagai satu landasan bagi kesefahaman kaum lain. Contohnya, masyarakat Islam mementingkan makanan HALAL untuk memenuhi tuntutan agama.

      2.   Mewujudkan negara yang produktif

            Masyarakat yang berkualiti akan sentiasa peka mengenai sesebuah isu seperti isu pembuangan bayi, pembunuhan dan sebagainya sebagai langkah berjaga-jaga. Melalui luahan atau hak bersuara, masyarakat akan dapat membantu bersama-sama memberi cadangan, informasi yang berguna bagi mengelakkan hal ini berlaku dengan lebih serius. Secara tidak langsung, masyarakat berganding bahu dan mewujudkan perpaduan di negara ini.

       3.    Hak mendapatkan maklumat dan kebenaran

              Melalui suara rakyat yang ingin mengetahui perkembangan mengenai status yang dikeluarkan oleh media atau khabar angin mengenai isu hangat seperti kenaikan harga minyak, atau rasuah yang sering di mainkan oleh orang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan harus dinyatakan secara teliti untuk memudahkan rakyat menerima atau menolak kenyataan tersebut. Hal ini kerana rakyat juga berhak mengetahui di sebalik pentadbiran sesebuah negara. 





PENGENALAN




     kebebasan bersuara bermaksud kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan tentang sesuatu yang ingin di perkatakan. Hak kebebasan bersuara ini boleh melibatkan semua masyarakat tanpa mengira pangkat atau kaum.Kebebasan bersuara juga sebagai hak sesorang untuk menyuarakan apa jua pandangan,idea dan fikiran yang di rasakan betul tidak kira dari segi tindakan,lisan atau tulisan.

      Masyarakat di malaysia berhak untuk menyuarakan sesuatu pendapat yang dapat mambantu negara ke arah kemajuan.Ini menunjukkan bahawa suara pendapat daripada masyarakat amat di perlukan di negara ini.

     selain itu,masyarakat dapat menggunakan hak kebebasan suara mereka untuk kebaikan dirinya mahupun masyarakat setempat.Jika berlaku sebarang ketidakpuasan terhadap sesuatu perkara,mereka boleh menyuarakan masalah tersebut kepada pihak yang terlibat.Setelah pihak yang terlibat telah mendengar penyuaraan mereka,pihak tersebut boleh melakukan pembaikan atau perubahan yang boleh memberi kepuasan kepada masyarakat.