akta hak kebebasan bersuara

Di antara undang-undang yang ada kaitannya dengan kawalan terhadap kebebasan bersuara di Malaysia termasukklah:

· Akta Hasutan 1948
· Akta Kefitnahan 1957 (Akta 286)
· Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
· Akta Rahsia Rasmi 1972
· Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301)
· Akta Polis Lain - lain akta berkaitan (termasuk Kanun Keseksaan)

-Kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagan wajar digunakan sebaik mungkin mengikut lunas-lunas dan had-had yang telah ditentukan. 
-Kebebasan bercakap dihadkan kepada kata-kata yang tidak menjadi fitnah, kata-kata yang tidak menjadi hasutan, kata-kata yang tidak mencerca mahkamah atau yang melanggar hak keutamaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Sesiapa yang menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud hasutan dan menyoal perkara-perkara sensitif seperti seperti hak keistimewaan orang Melayu dianggap sebagai melakukan kesalahan mengikut undang- undang dan mereka boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sebanyak Rm5000.



- Hak kebebasan ini diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Pengistiharan Hak Asasi Sejagat dan diiktiraf dalam undang- undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik (ICCPP).ICCPP mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai "hak mendapatkan pendapat tanpa ganguan ".Semua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat.Di samping itu,kebebasan ini diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia Eropah,benua-benua Amerika dan Afrika.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment