KELEBIHAN KEBEBASAN BERSUARA?

  1. Menyatakan hak sesuatu bangsa    
          Malaysia adalah negara yang berbilang bangsa dan agama. Banyak yang perlu dipelajari melalui adat dan tradisi asal mereka. Melalui kebebasan bersuara ini, mereka boleh menyatakan hak mereka sebagai satu landasan bagi kesefahaman kaum lain. Contohnya, masyarakat Islam mementingkan makanan HALAL untuk memenuhi tuntutan agama.

      2.   Mewujudkan negara yang produktif

            Masyarakat yang berkualiti akan sentiasa peka mengenai sesebuah isu seperti isu pembuangan bayi, pembunuhan dan sebagainya sebagai langkah berjaga-jaga. Melalui luahan atau hak bersuara, masyarakat akan dapat membantu bersama-sama memberi cadangan, informasi yang berguna bagi mengelakkan hal ini berlaku dengan lebih serius. Secara tidak langsung, masyarakat berganding bahu dan mewujudkan perpaduan di negara ini.

       3.    Hak mendapatkan maklumat dan kebenaran

              Melalui suara rakyat yang ingin mengetahui perkembangan mengenai status yang dikeluarkan oleh media atau khabar angin mengenai isu hangat seperti kenaikan harga minyak, atau rasuah yang sering di mainkan oleh orang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan harus dinyatakan secara teliti untuk memudahkan rakyat menerima atau menolak kenyataan tersebut. Hal ini kerana rakyat juga berhak mengetahui di sebalik pentadbiran sesebuah negara. 





No comments:

Post a Comment