PENGENALAN




     kebebasan bersuara bermaksud kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan tentang sesuatu yang ingin di perkatakan. Hak kebebasan bersuara ini boleh melibatkan semua masyarakat tanpa mengira pangkat atau kaum.Kebebasan bersuara juga sebagai hak sesorang untuk menyuarakan apa jua pandangan,idea dan fikiran yang di rasakan betul tidak kira dari segi tindakan,lisan atau tulisan.

      Masyarakat di malaysia berhak untuk menyuarakan sesuatu pendapat yang dapat mambantu negara ke arah kemajuan.Ini menunjukkan bahawa suara pendapat daripada masyarakat amat di perlukan di negara ini.

     selain itu,masyarakat dapat menggunakan hak kebebasan suara mereka untuk kebaikan dirinya mahupun masyarakat setempat.Jika berlaku sebarang ketidakpuasan terhadap sesuatu perkara,mereka boleh menyuarakan masalah tersebut kepada pihak yang terlibat.Setelah pihak yang terlibat telah mendengar penyuaraan mereka,pihak tersebut boleh melakukan pembaikan atau perubahan yang boleh memberi kepuasan kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment